Vinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.x

Sepagi Bersama OCPD Tawau

Written by cikgu mshafez. Posted in My Buletin

Sempena menyambut Hari Polis ke-208 pada tahun 2015, SMK Balung telah mengambil inisiatif untuk  mengadakan suatu program ringkas iaitu Program Sepagi Bersama OCPD Tawau yang telah berlangsung pada 26 Mac 2015.

Beberapa perkara yang dikongsi bersama antaranya kes militan, kes kecurian, ragut, kes buli dan juga pecah rumah. Pihak polis juga berharap sokongan daripada masyarakat khususnya para pelajar dalam membendung kes jenayah yang berlaku di persekitaran.

Gambar sekitar porgam boleh dilihat melalui pautan ini:- Sepagi Bersama OCPD Tawau 2015

Jemputan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM & STPM 2014

Written by cikgu mshafez. Posted in My Buletin

Pelancaran "Vest Keluar Kelas"

Written by cikgu mshafez. Posted in My Buletin

Satu inovasi dari Sektor Pembangunan Sahsiah SMK Balung 2015 adalah memperkenalkan "Vest Keluar Kelas". Ini merupakan salah satu cara dalam menangani masalah ponteng kelas dan mengelakkan murid-murid berkeliaran dikawasan sekolah tanpa hala tuju.

Berikut adalah beberapa gambar sekitar pelancaran inovasi berkenaan. Sila klik disini.

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

Written by cikgu mshafez. Posted in My Buletin

#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014.
Photo: #Untuk Siaran Serta Merta

Sukan Tahunan SMK Balung 2014

Written by Mohd Rosdi. Posted in My Buletin

Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera,

Pada tanggal 26 hingga 28 Ogos yang lalu, SMK Balung telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan SMK Balung Tahun 2014. Temasya sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Tawau, En Darmanshah bin HJ. Asakil. Temasya bermula seawal 7.00 pg dan berakhir pada pukul 5.00 ptg. Ramai pelajar yang telah mengambil bahagian dalam acara sukan pada kali ini.

Terdapat 4 rumah sukan yang mengambil bahagian dalam temasya kali ini demi merebut gelaran juara keseluruhan. 4 rumah sukan tersebut ialah Rumah Sukan Jati, Rumah Sukan Agatis, Rumah Sukan Merbau dan Rumah Sukan Belian. Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan dalam temasya kali ini antaranya ialah acara 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4x 100 meter, 4x 400 meter, lompat jauh, lontar peluru, merejam lembing dan sebagainya. Rumah sukan Jati telah berjaya mendapat johan keseluruhan dalam temasya sukan tahunan pada kali ini.

Jumlah kutipan pingat keseluruhan adalah seperti berikut :-

                     Emas      Perak     Gangsa

Jati                  29          19           21

Agatis              22           19          11

Merbau            15           18          24

Belian              10           21          21

Tahniah Rumah Jati!!!!!!

Gambar sekitar kejohanan temasya sukan bole dilihat melalui pautan ini:- Kejohanan Sukan Tahunan SMK Balung 2014

Peperiksaan Awam

My Statistik

Today1
Yesterday64
This week143
This month843
Total195425

  • IP: 54.158.208.189
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown
1
Online
Wednesday, 17 October 2018 00:00
Articles View Hits
294159