Vinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.x

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Written by cikgu mshafez. Posted in Pentadbiran

    


 

1.

Bilakah waktu pejabat beroperasi?

 

Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pejabat beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dari hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada hujung minggu dan cuti umum.

 

 

2.

Bolehkah saya mengambil anak saya lebih awal daripada waktu persekolahan?

 

Boleh.

Anda boleh mengambil anak anda, atau menghantar wakil (dengan salinan IC) untuk mengambil anak anda lebih awal. Anda juga dikehendaki menulis didalam buku sebab musabab ataupun menyertakan surat bertulis kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.

 

 

3.

Bagaimanakah saya boleh berjumpa dengan Pengetua?

 

Temujanji.

Anda boleh menelefon pejabat sekolah (089-951032) terlebih dahulu untuk membuat temu janji dengan Pengetua

 

 

4.

Saya tidak puas hati dengan…. Bagaimanakah cara menyelesaikannya?

 

Bersabar.

Anda boleh menyelesaikan masalah anda dengan membuat temu janji dengan Pengetua/Pen. Kanan Pentadbiran/Pen. Kanan HEM/Pen. Kanan Kokurikulum/Pen. Kanan Petang/Pen. Kanan PPU dan berjumpa dengan individu yang berkenaan di pejabat sekolah.

 

 

5.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat sumbangan kepada sekolah?

 

Tunai/Cek ataupun Pindahan Wang Bank.

Anda boleh menghubungi pejabat Sekolah untuk meneruskan niat baik anda. Tahniah..

 

 

6.

Anak saya bukan warganegara Malaysia, bolehkah dia belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung?

 

Boleh.

Bagi kes anak bukan warganegara,  anda perlu mendapatkan surat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah(JPNS) sebelum mendaftar di Sekolah. Setelah mendapat kelulusan dari JPNS, anda dikehendaki berhubung dengan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau untuk penempatan sekolah. Selepas itu, anda boleh berurusan dengan Pejabat Sekolah secara terus.

 

 

7.

Saya kehilangan Sijil Berhenti Sekolah. Bolehkah saya dapatkan kembali?

 

Boleh.

Walaubagaimanapun, anda hanya akan mendapat salinan daripada slip asal. Berhati hati dengan Sijil Berhenti Sekolah anda.

 

 

8.

Saya belum lagi mengambil sijil peperiksaan awam (PMR / SPM / STPM) di sekolah. Masih bolehkah saya mendapatkannya?

 

Boleh.

Anda boleh merujuk dan berurusan dengan pejabat sekolah tanpa melibatkan guru kelas anda dahulu.

 

 

 *Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang belum terjawab, anda boleh menghantar persoalan anda melalui pautan Helpdesk (ebantuan)

 

Peperiksaan Awam

 
 
 

My Statistik

Today1
Yesterday24
This week1
This month478
Total189546

  • IP: 54.81.78.135
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown
1
Online
Monday, 21 May 2018 01:30
Articles View Hits
264164